Thursday, November 6, 2008

titik permulaan...

Episode 2…

Dulu masa aku mula2 mengenali dunia “internet” aku rasa hepi giler arr….kalau boleh hari2 aku nak pergi lepak kat cyber café tue….mase tue tengah giler laa katakan…kalau orang2 tua ni kata tengah angau laa…hehehe!! Mase tu aku ader join Myspace….kat situ aku tak berapa tahu sangat laa aper fungsi nyer aku just suke2 nak join jer….mase aku join Myspace tue…ader sorang mamat ni add aku untuk jadi kawan dier, so aku pun approve laa….aku pun bukalah dier punye profil….pegghhh…..anggapan pertama aku…..boleh tahan gak budak ni….bukan boleh tahan aper tau (jangan salah faham tau!!)….tapi boleh tahan ganas giler dow…dengan background profil dier….dengan kata2 dier dalam profil dier…..pergghh….memang menarik perhatian aku….dier membuatkan aku ingin terus mengenali nyer….tapi kata2 pengenalannya….membuatkan aku tertanya2…apa dah jadi dengan dier ni??? Dier begitu bencikan tentang cinta….malah macam2 dier kutukkan tentang cinta ni….aku pun tanpa banyak citer….cube la mengoret citer2 dier…..hahahaha!!! aku pun ikut laa rentak penulisan dier yg ganas tue….walapun aku nie memang ganas gak….hehehe….aku pun mula laa mengarang pertanyaan2 dan nasihat2 yang boleh membuatkan dier terus bercerita pada aku mengenai dirinya dan peristiwa yang berlaku pada dirinya yang membuatkan dier bencikan “cinta”….nak tahu tak….dier plak yang cakap aku ganas dan brutal pas dier bace aper aku tulis kat dier tu….hehehehe!!! agak nyer terover brutal kot aku tulis…huhuhu….nak wat macam mana aku memang brutal pun…hahaha….baru kau tahu yang aku ni pun brutal gak tau…..kira disebabkan kebrutalan aku ni laa….dier jadi tersangkut kat aku…..hahahaha!!! Hah..kawan2 nak tahu kenapa ketika tue dier benci sangat tentang cinta nie…macam nie sebenarnya dulu dier ader couple dengan seorang minah nie laa…dier nie plak walaupun brutal dan ganas tapi der nie jenis yang setia pada cinta….(dier la kata bukan aku kata erk bro…hehehe!! Jangan marah bro!!) kisah dier macam nie…satu hari tue si minah dier nie cakap nak balik kampung laa dan dier pun dengan tidak ada sebarang syak wasangka pada minah dier ni….dier pun tak kisah laa dah minah dier nak balik kampong….tapi nak dijadikan citer nyer…di hari yang minah dier tue kata nak balik kampong…dengan kuasa Yang Maha Esa, dier telah terserempak la dengan minah dier nie dengan mamat lain plak tue…pergghh…mahu tak menyirap darah kawan aku nie…dier pun terus la melihat reaksi minah dier nie dengan mamat tue….jadi berlaku laa pertelingkahan antara dier dan minah dier nie….jadi disebabkan tue, dier telah putus cinta dengan minah dier dan membuatkan dier menjadi terlalu marah dan bencikan cinta…..ish2….cian kat kawan aku nie….mybe disebabkan terlalu setia dan dier rasa amat dikhianati apabila minah tue buat dier macam tue setelah semua kemahuan minah tue dituruti dan dier selalu menjaga hati minah tue…..ermm….nak buat macam mana kawan, mybe minah tue bukan jodoh kau…bersabar laa!! Itu la sebab kawan aku nie benci sangat cinta ketika tue….tapi sekarang mybe tidak lagi kot….hehehe….macam mana yer bro….masih benci lagi ker???? Huhuhuhu!! Dari situ kitorang mula berkongsi citer dan semakin mengenali antara satu sama lain. Satu hari tue aku try2 la minta no.phone dier coz aku nie payah sikit nak kuar gi cyber café….maklum laa jauh nak gi sana. Dier pun bagi no kat aku….alamak no digi plak dier pakai….pergghh…..jenuh kredit aku mcm nie kalau nak mesej dengan dier…..hehehe!! (perspesi pertama aku laa) Selepas tue, aku pun try2 la mesej dier dan aku cadang2 kan dier supaya dier pakai maxis….hehehe….senang sikit nak mesej….jimat pun jimat….dier pun tak lama selepas tue pakai laa no maxis tapi no tue dier akan on biler aku mesej kat no digi dier dulu coz dulu aku dok asrama dan tak boleh laa nak bawa phone gi asrama. So, aku jarang la boleh mesej dengan dier. Lama-kelamaan aku jadi makin rapat dengan dier….banyak yg dier ceritakan mengenai diri dier pada aku dan aku juga bercerita tentang aku pada dier. Aku semakin seronok menjadi kawannya malah dier juga semakin rapat dengan aku. Maser tue aku Form 6 dan dier plak tgh study lagi mase tu….ape ntah nama kolej dier belajar tue (sorry bro, aku ingat2 luper la nama kolej ko tue!!)….tapi yang aku ingat dier belajar tentang music coz dier minat giler main gitar….dier siap cakap kat aku yg gitar tue la ‘girlfriend’ dier….aduh….giler betul kawan aku ni pada gitar dier tue….hampir terjeles aku pada ‘girlfriend’ dier tue….huhuhu!!! hari ke hari kami menjadi makin rapat dan akhirnya menjadi kawan baik….sampai laa sekarang…

Bersambung….miss_Kelipan87

Tuesday, October 21, 2008

Lagu buat "Dedaun"

Hadapi Dengan Senyuman
Artist: Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .

Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja
Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Lagu di atas nie khas untuk “Dedaun” kerana aku mahu dier hadapi semuanya dengan senyuman…aku tidak mahu dier lemah dengan ujian2 yg diberikan oleh-Nya….aku nak dier sentiase tabah dan menjadi insan yg sentiase berfikiran waras ketika menghadapi sebarang ujian dari-Nya. Aku tidak mahu dier mengambil langkah terburu-buru dan silap….aku tidak mahu dier merosakkan dirinya sendiri kerana tidak dapat bertahan dalam menghadapi segala dugaan yg diberikan kepada dier…. “Dedaun”….percayalah setiap dugaan yg mendatang dalam hidup kau tue sebenarnya adalah untuk memberikan kau kelebihan dan manfaat di kemudian hari cuma sebelum kau mendapatkan manfaatnya…kau harus laa diuji untuk melihat ketabahan hati kau….percayalah pasti ada hikmah disebalik segala-galanya…. “Dedaun”… Aku sentiase ader untuk kau ketika kau memerlukan aku kerana aku tidak pernah meninggalkan kau dalam keadaan apa pun….

Miss_Kelipan87

Cerita tentang "Dedaun"

Episode 1…

“Dedaun” bkn nama sebenar bagi insan yg aku ingin coretkan cerite hidop nyer di dalam blog aku ni… “Dedaun” insan yg aku kenal cukup lama walaupun hanya mengenalinya di alam maya dan jujur aku katakan yg aku tidak pernah berjumpa serta bersua muka dengannya lagi sepanjang pengenalan kami berdua. Kami hanya berhubung melalui handph0ne jer…malah walaupun melalui phone tetapi kami cukup memahami antara satu sama lain dan dier amat memahami aku serta tahu aper yg patut dier wat jika aku ader masalah yg tak dapat aku settlekan sendiri. Dier selalu ader ketika dan saat aku perlukan dier, dier sentiase punya waktu untuk aku malah dier sanggup luperkan keje dier semata-mata ingin mendengar luahan hati aku dan menjadi peneman setia kepada aku… Aku cukup gembira punya teman seperti dier, malah aku bersyukur sangat coz ader teman yg sentiase ader untuk aku. Walaupun dier punya masalah sendiri tetapi dier tetap bijak menbahagikan masa kepada aku malah kadang2 dier sanggup tangguhkan dulu masalah dier semata2 ingin membantu aku menyelesaikan masalah aku dulu. Dier banyak berkorban untuk aku walaupun pengorbanannya hanya pengorbanan pada masa dan kredit phone nyer…hehehe!!! Tak ader laa dier banyak berkorban pada aku…dier buat sume tu sebab dier terlalu sayangkan aku… Hah…sekarang aku nak ceritakan serba sedikit mengenai teman baikku nie, dier ni dok kat area Selangor (destinasi sebenar perlu dirahsiakan coz ingin menjaga kerahsiaan teman aku…hehehe aku kan bakal social worker!!! Etika kerahsiaan klien perlu diutamakan…huhuhu!!). Dier sebaya dengan aku…hehehe…nak tahu ker umur aku??....umur aku dan dier adalah 21 tahun untuk tahun nie laa….untuk tahun2 yg lain, korang kire laa sendiri yer…aper lagi aku nak bagitahu pasal dier nie yer….hah…dier ader 3 adik beradik dan tambah seorang lagi adik beradik dier (kisah tambah menambah akan dicerita kat episode yg lain yer kawan2, so kalau nak tahu kena laa terus mengikuti perkembangan blog aku ni…hehehe!!). Dier sekarang bekerja dah coz terpaksa meneruskan kehidupannya dan berkorban demi family yg dier sayang…cukup laa tu serba sedikit mengenai kawan baikki ni…yg lain2 maybe akan diceritakan dalam episode2 yg akan dating coz sekarang just introduction for my story only… Hah….korang nak tahu tak, tahun nie dah masuk 4 tahun aku kenal dier nie dan dier begitu istimewa dalam hidop aku….walaupun dah macam2 dugaan yg kitorg kena tempuh bersama tetapi setiap dugaan tue menguatkan persahabatan kitorg berdua dan kitorg jadi makin menghargai antara satu sama lain serta semakin memahami diri masing2….segala dugaan tue banyak mengajar kitorg erti kehidupan, ragam manusia, pengorbanan yg kadang2 tak dihargai, nilai persahabatan, perasaan yg berbelah bagi, emosi yg tidak dapat dikawal dan macam2 lagi laa….semua nie mematangkan aku dan dier….kitorg banyak bermain dengan emosi walaupun setiap luahan yg kitorg luahkan tue hanyalah melalui mesej atau ‘SMS’ sajer…tapi setiap mesej2 tue mempunyai emosi dan nilai yg tersendiri yg kadang2 mampu membuatkan aku menanggis kerana tidak dapat menahan keperitan yg ditanggung olehnya, masalah yg aku hadapi, keadaan emosi dier yg tidak stabil dan macam2 laa…kalu nak diceritakan memang terlalu banyak sangat yg kitorg tempuh bersama sepanjang persahabatan kitorg nie….malah aku dan dier pernah berpisah beberapa kali….perpisahan yg menyeksakan kitorg berdua….perpisahan yg dibuat kerana tidak mampu menahan lagi segala yg bermain didalam fikiran….perpisahan yg melibatkan airmata untuk kedua-dua belah pihak….perpisahan yg mampu membuatkan aku hilang semangat dan lemah sangat….kerana aku terlalu sayangkan dier…aku sendiri kadang2 terfikir kenapa aku terlalu sayangkan dier sedangkan aku tidak pernah berjumpe dengan dier dan hanya mesej2 jer yg menjadi perhubung kami berdua tetapi semua mesej2 tue laa yg bagi semangat kepada kitorg, yg membuatkan kitorg tersenyum, yg membuatkan kitorg bahagia, yg sentiasa menemani kitorg di saat kitorg bosan dan yg sentiasa menguatkan perhubungan kitorg berdua….itu laa kekuatan mesej2 kitorg… Aku terlalu sayangkan dier sama sepertimana dier terlalu sayangkan aku…berbezanya di sini aku dan dier bukan laa pasangan couple yg hangat bercinta malah kami lebih dari tu….kami terlalu istimewa dalam hubungan nie….malah lebih istimewa daripada pasangan yg sedang hangat bercinta….doa aku untuk perhubungan aku dan dier nie ialah semoge hubungan nie terus diredhai-Nya dan kitorg berdua dilindungi oleh-Nya daripada segala perkara….doa aku untuk dier….semoge dier dikuatkan hati dan sentiase mendapat petunjuk daripada Yg Maha Esa….kerana aku terlalu sayangkan dier….aku tak mahu aper2 terjadi pada dier lagi dan aku sentiase ingin menemani dier dalam aper keadaan pun…. Hah…ingin tahu lebih lanjut mengenainya….ikuti laa episode akan datang….hehehe….selamat mengikuti cerita tentang “Dedaun”…

Bersambung….miss_Kelipan87

Monday, October 20, 2008

Terlewat....

pagi ni aku terlewat masuk kelas...erm...lecture dah kunci pintu plak...jadi aku dgn kawan2 yg lain yg senasib dgn aku tak dapat laa masuk kelas tu....aduh....rugi aku bagun pagi ni kalu aku tahu macam ni tak payah bangun pun tak aper....baik aku sambung tido jer....dah laa aku tido lewat semalam semata2 nak siapkan jadual semester depan. tapi aku gak yg salah...hehehe...nak tahu kenapa?? Sebab jam dah bunyi tapi aku off kan....huhuhu....last2 aku yg terlewat bangun...roomate aku plak tak tahu yg aku de kelas ganti pagi coz selalu nyer aku kelas tengh hari....biasa laa budak rajin bukan nak kelas pagi2 ni....huhuhu!! So, dah aku tak masuk kelas ni...aku pun lepak laa dekat lab fakulti aku ni...boleh gak aku mengarut aper2 kat dalam blog aku ni....eh...tapikan semalam aku jumpe dengan 'kekasih gelapku'....huhuhu!!! Sajer melepaskan rindu sambil buat jadual...sebenarnya 'kekasih gelap' tu kawan yg agak rapat jugak la dengan aku dekat university ni....selalu nyer kalu aku bosan....aku akan ajak dier dating dengan aku....untuk menghabiskan masa bersama dengan aku....dier pun rajin nak melayan keranah aku dan kadang2 aku sengaja jer merajuk dengan dier....tapi yg best nyer dier akan sedaya upaya pujuk aku gak....hehehe...best nyer la idop ni....tapi kan kadang2 aku risau gak....risau kalu2 dier jatuh hati pada aku....aku ni tak suker nak couple2 coz aku lebih suker berkawan....bagi aku persahabatan tu lebih penting dalam kehidupan aku sekarang sebagai student....kawan2 laa yg akan banyak membantu jika aku ader masalah dan kalu aku kesunyian pun....aku akan cari kawan2 untuk ajak lepak sama2 dan berborak kosong sampai pagi....aku suker berkawan....bagi aku kawan tu amat bernilai dalam hidup aku....erm...hope aku terus mempunyai ramai kawan dan tidak ader masalah dengan kawan2 aku....tapi kan aku ni....susah sangat nak ingat nama orang laa....hehehe...tu laa salah satu kelemahan aku....muke aku cepat cam tapi nama aku memang problem ckit laa....aku pun tak tahu kenapa....dari dulu lagi aku macam ni....kadang2 kawan2 aku sampai benggang dengan aku....tapi bagi yg dah lama kenal aku....diorg paham kelemahan aku tu....hehehe....thanks frenz....aku akan cuber atasi problem aku tu....ish...aper la aku ni....nasib laa kawan2 korang dapat kawan macam aku ni....huhuhu!!! Hah....dah abis sejam dah mase lecture tu...aper citer la erk...harap2 esok masih ader kelas dier....untuk yg last....kot laa ader tips utk final exam ni....aduh....biler sebut sal final exam.....mula laa nak risau coz bukan aper....aku ni tak study lagi....huhuhu!!! Dah laa first paper tu paper statistik....aduh....aku dah lemah paper tu...masuk kelas pun macam tak faham satu aper pun....aku kena betul2 fokus study utk paper tu...aku mesti wat terbaik....pasni biler masuk minggu study kena laa aku study betul2....tu la kehidupan student tak abis dengan baca buku.....layan jer laa....hahahaha!!!

Sunday, October 19, 2008

blog dan aku!!

hehehe...akhirnya aku dah ader blog sendiri.... Ermm...pasni macam2 la boleh aku coretkan di dalam bolg aku nie... Aku memang suke menulis cume dulu aku tak tahu kat mana aku nak menulis supaya aku boleh share citer2 aku ni dgn orang lain....just nak share citer dan pengalaman....mana tahu dari citer2 yg aku tulisni...ader insan yg mengalami kisah yg sama kan.. So,kepada penggemar2 blog...leh laa mencari blog aku dan kite boleh share sama2 citer k.. Erm...kalu difikirkan balik laa....aku pun tak tahu macam mana aku boleh tertarik nak tulis dan minat pada blog ni... Kalu nak tahu semuanya bermula apabila aku baca blog kawan rapat aku ni hah...si Anoy....dier punya dan menarik minat aku untuk menulis blog...malah dier slalu bagi semangat kat aku supaya luahkan semua yg aku rasa di dalam blog dan dier akan jadi pembaca yg stia pada log aku....thanks Anoy coz bagi satu cara pada aku untuk luahkan semua yg aku rasa dalam blog ni....thanks gak coz sudi menjadi kawan rapat aku... hah...pada kawan2 yg lain selamat berkenalan di dalam dunia blog....if ader apa2 nak kongsi...kite leh kongsi sama2 dalam ni k.. hepi alwz.. miss_kelipan87